Sunday, January 31, 2010

Taklimat Input Pertanian








Bulan Januari 2010 ini menutup tirai dengan program Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Johor bersama Koperasi Ladang Pekebun-pekebun Kecil M'sia pada 28hb Januari yang lalu. Program ini dirancang bagi mempertemukan Koperasi Ladang-Input Pertanian dengan bakal pelanggan/ejen daripada koperasi-koperasi perladangan lain di Johor khususnya. Program sehari ini bermula pada pukul 10.30 pagi di Hotel Timotel, Mersing. Dirasmikan oleh Tn Hj Ahmad Bin Ali, Pengarah SKM Johor.

Sebanyak 14 Koperasi yang terlibat dalam aktiviti perladangan/pertanian telah hadir dengan jumlah peserta seramai 40 orang. Kami telah membentangkan produk2 jualan yang ada untuk perhatian peserta. Respon adalah baik. Beberapa koperasi telah menyatakan minat mereka untuk bekerjasama. Semoga hubungan yang telah terjalin ini beterusan dan dapat diterjemahkan dalam urusnia-urusniaga yang pastinya akan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Terima kasih SKM.

1 comment:

依之汉 said...

Meninggal jejak.

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya.

Ini jawapan yang boleh saya berikan
http://youtu.be/19YQF7cUoPM

Harap membantu.