Selamat Tahun Baru 2010
Syabas kepada Team Koperasi Ladang-Input Pertanian yang telahpun berjaya mencapai sales target RM7 Juta. Terima kasih kepada semua yang terlibat termasuklah rakan-rakan lain di HQ Koperasi Ladang. Harapan saya semoga kerjasama dan usaha ini berterusan bagi mencapai sasaran seterusnya.
Tahun 2010 pastinya lebih mencabar kepada kita semua. Sales target meningkat kepada RM10 Juta. Agak ambitious tapi saya yakin sekiranya setiap orang memainkan peranan dengan baik angka RM10 Juta ini mampu dicapai. Respon daripada team pada meeting pertama 04 Januari 2010 yang lalu adalah positif. Semua bersemangat dan bersedia untuk bekerja keras. Apa yang pasti tak rugi jadi rajin dan lebih berdisplin. Jom kita cuba sama-sama.....
No comments:
Post a Comment