Sunday, January 25, 2009


Hj Yaacob dan Fatah masa pergi MAHA 2008. Bab posing memang boleh tahan depa 2 org ni..


Buka meja di Dewan Orang Ramai Chenor. Masa tu ada mesyuarat ahli PPK kat sini.



Zuraini sedang menerangkan sesuatu tentang alat walkie talkie kepada pelanggan semasa Hari Koperasi di PICC, Putrajaya. Bila dia nampak kamera tangan pun naik sekali. hehe..makcik tu tanya dah kawin ke belum?


Tn Hj Yaacob memang dah pakar bab walkie talkie ni.



Susun atur gerai Koperasi oleh En Nizam. Org kuale yang kuat krojer!! Tima kasih Yop!

Antara gambar2 aktiviti Koperasi Ladang-Input Pertanian sepanjang tahun lalu.

Friday, January 23, 2009







Salam...






Hari ni Jumaat 23 Januari 2009. Hari terakhir trip ke Johor ni. Overall respon adalah sangat positif. Walaupun KLK estate hanya beli racun yang ada dalam tender list sahaja, kita masih ada banyak lagi kumpulan ladang yang lain. Contohnya Sime Darby. Mereka juga guna tender tetapi masih membeli racun dan lain2 dgn local supplier. Dalam kes racun mereka akan beli sekiranya product yang sama kita boleh offer lebih murah. Inter pump pulak dah teruk sikit la. Maksudnya ada ladang yang telah tidak pakai Inter dan banyak juga yang menggunakan dengan keadaan pump yang tidak sempurna. Maklumlah dah lama tak ada orang yang datang buat service. Kalau datang sesekali tu memang malas nak masuk field buat briefing dengan workers. Biasa mereka datang jumpa person in charge dan tanya apa parts nak ambil je. Mudah dan cepat. Tapi kesannya macam tulah. Lama2 nanti ladang pun tukar pam lain. Bila dah beli lain ni susah kita nak dapat semula. Letih rasanya. Tapi sokongan kawan2 di Johor masih ada. Ada juga kawan2 dah jadi manager. Antaranya Mr. Devan dan Mr. Yeoh dari KLK Estate. Harap kita punya penyertaan dalam market ni akan mendapat penerimaan baik dan ia merupakan come back untuk saya sebenarnya. SO.. watch out!! i'll be back!!

Saturday, January 17, 2009

TQ Mr Jack Sparrow

Mr Jack ni sebenarnya kawan rapat daripada Universiti lagi. Semalam Mr. Jack datang untuk temuduga selepas resumenya mendapat perhatian pihak pengurusan. Saya telah berterus terang kepada pihak pengurusan tentang kedudukan ini. Apa saja keputusannya nanti saya terima dengan senang hati. Tak berani komen lebih kat sini. Isu sensitif!! Kepada Mr Jack, kita sudah ada plan baik punya untuk market Johor. Jangan lepas peluang.

Wednesday, January 14, 2009

Harga Racun Turun Lagi

Salam pada sahabat2, kenalan dan pembaca2 yang dihormati.

15 hari sudah berlalu dalam tahun 2009. Kalian semua apa cerita? Kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang perladangan sawit, saya ucapkan selamat maju jaya. Harga sawit yang menunjukkan tanda2 pulih dan harga input yang semakin menurun ini tentunya berita yang sedikit melegakan. Kalau sebelum ini pekebun kecil kita tak mahu nak jaga ladang sebab kos tinggi. Kata mereka, "kalau bawa keluar buah kita akan rugi. Lebih baik biar atas pokok saja". Tapi sekarang harga baja dan racun dah murah. Antaranya;

Baja Urea 1 tan = Kurang dari RM1500.00

Racun Lalang ( Glyphosate ) = RM 190.00/ 20ltr

Racun Anak Kayu : 1. Ally = RM45.00/ 250gm
2. Garlon = RM 140/ 4ltr

Kopi 'O' ( Paraquat ) = RM 160/ 20ltr.

Ada banyak lagilah dan semuanya boleh didapati daripada Koperasi Ladang.
Jadinya sekarang ni pekebun tak usah bimbang lagi. Yang mana nak tanam semula atau baru nak tanam pulak teruskanlah hajat tuan2. Tapi anak benih kelapa sawit dah ada ke belum?

Tuesday, January 6, 2009

Penggunaan Alat Walkie Talkie




Pengenalan

  • Merupakan Alat Komunikasi Mudah Alih ( Handy set )

  • Komunikasi Dua Hala

  • Dibangunkan Untuk Kegunaan Tentera Di Kanada Semasa Perang Dunia Kedua
Penggunaan Walkie Talkie Di Ladang Kelapa Sawit
  • Kepantasan Dalam Membuat Keputusan

  • Kawalan Keselamatan

  • Komunikasi Yang Menyeluruh – Arahan/ komunikasi dapat didengari oleh semua pemegang handy set dalam saluran yang sama.

  • Alternatif kepada penggunaan Handphone yang mempunyai liputan terhad di sesetengah tempat.




Monday, January 5, 2009

Hextar Chemicals Sdn Bhd.

Discussion dengan Group Managing Director Hextar, Dato' Ong Soon Ho. Appointment ni Tn GM yang buat. Dia ajak ikut utk kenal2 dan yang utamanya nak mintak Hextar beri harga yang lebih kompetitif. Alhamdulillah, kita dapat cash rebate 3%. Ader lagi perkara lain yang dibincangkan oleh Tn GM tapi tak dapatlah dikongsi di sini. Yang pastinya perjumpaan pagi tadi mencapai matlamatnya.

Sunday, January 4, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Hari pertama bekerja dalam tahun 2009. Unit Input Pertanian buat discussion pagi tadi untuk tune balik kepala masing2 pada kerja yang tertangguh, dalam progress dan kerja2 yang akan dilaksanakan bulan/tahun ini.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) - Kerja agihan racun glyphosate dan metsulfuron untuk projek LITS 3 Negeri Sembilan perlu disiapkan dalam 2 minggu pertama ini. Jadual agihan dan kawasan dahpun dapat pagi tadi.

Walkie Talkie - Tak tahulah saper yang dapat pg ikut uxiang ni. Harap2 En. Nizamlah sebab yang lain tu nnt sibuk dgn projek LGM ni.

Kontrak Kerja Ladang - LKKP call melalui Kak Shima minta saya datang untuk second interview (kerja2 menuai, mengangkut, memangkas di Ladang LKKP Pejing, Triang, Pahang). Selepas berbincang dengan pihak pengurusan di HQ dan mengambil kira pandangan 2 pengurus ladang koperasi, kami telah menarik diri dan mengesahkan tidak akan hadir kerana??? Susah dapat org nak kerja sekarang ni....

Saturday, January 3, 2009

CARA CARA MENGUMPAN RACUN TIKUS


• Meletakkan Satu Umpan Di Pangkal Setiap Pokok

• Gantikan Umpan Yang Dimakan Pada Setiap 4 Hari

• Berhenti Pengumpanan Selepas Tahap Penerimaan Mencapai 20 % Atau < 20 %

• Ulangkan Pengumpanan Setiap 6 Bulan

SOURCE: SIME DARBY - AGRIBIO

Kawalan Tikus











Pengalaman jual racun tikus semasa bersama Sime Darby -Agribio di Bintulu Sarawak.








Produk;




1. Ebor Bait - Warfarin




2. Ebor2030 - Brodifocoum








Friday, January 2, 2009

Nak Panggil Interview dah...

GM dah beri arahan untuk panggil budak dtg interview 7/01/09 kat opis. Harapan saya pada siapapun yang terpilih nanti kerjalah betul2. Bukan susah sgt kerja masuk ladang ni. Yang penting sekali disiplin. Kena bangun awal, tepati masa, buat homework skit sebelum jumpa manager ladang tu. Kaji dulu keperluan dia, kuantiti yang mungkin dia boleh order, barulah kita tahu potensi market dan produk aper nak sembang lebih sikit. Nanti cerita2 banyak dia oder satu botol jer... hehehehe. Buat trial dulu katanyer...!