Salam...
Hari ni Jumaat 23 Januari 2009. Hari terakhir trip ke Johor ni. Overall respon adalah sangat positif. Walaupun KLK estate hanya beli racun yang ada dalam tender list sahaja, kita masih ada banyak lagi kumpulan ladang yang lain. Contohnya Sime Darby. Mereka juga guna tender tetapi masih membeli racun dan lain2 dgn local supplier. Dalam kes racun mereka akan beli sekiranya product yang sama kita boleh offer lebih murah. Inter pump pulak dah teruk sikit la. Maksudnya ada ladang yang telah tidak pakai Inter dan banyak juga yang menggunakan dengan keadaan pump yang tidak sempurna. Maklumlah dah lama tak ada orang yang datang buat service. Kalau datang sesekali tu memang malas nak masuk field buat briefing dengan workers. Biasa mereka datang jumpa person in charge dan tanya apa parts nak ambil je. Mudah dan cepat. Tapi kesannya macam tulah. Lama2 nanti ladang pun tukar pam lain. Bila dah beli lain ni susah kita nak dapat semula. Letih rasanya. Tapi sokongan kawan2 di Johor masih ada. Ada juga kawan2 dah jadi manager. Antaranya Mr. Devan dan Mr. Yeoh dari KLK Estate. Harap kita punya penyertaan dalam market ni akan mendapat penerimaan baik dan ia merupakan come back untuk saya sebenarnya. SO.. watch out!! i'll be back!!
2 comments:
Salamm tuan meor,
Ni gambar masa zaman bila ni tuan?
Tuan nampak slim dan bergaya...hehehe...
hihihi tuan jack... saya ni kan selalu nampak muda. Rahsia dia mudah. Kena rajin buat demo racun je. Cubalah.
Post a Comment