Salam pada sahabat2, kenalan dan pembaca2 yang dihormati.
15 hari sudah berlalu dalam tahun 2009. Kalian semua apa cerita? Kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang perladangan sawit, saya ucapkan selamat maju jaya. Harga sawit yang menunjukkan tanda2 pulih dan harga input yang semakin menurun ini tentunya berita yang sedikit melegakan. Kalau sebelum ini pekebun kecil kita tak mahu nak jaga ladang sebab kos tinggi. Kata mereka, "kalau bawa keluar buah kita akan rugi. Lebih baik biar atas pokok saja". Tapi sekarang harga baja dan racun dah murah. Antaranya;
Baja Urea 1 tan = Kurang dari RM1500.00
Racun Lalang ( Glyphosate ) = RM 190.00/ 20ltr
Racun Anak Kayu : 1. Ally = RM45.00/ 250gm
2. Garlon = RM 140/ 4ltr
Kopi 'O' ( Paraquat ) = RM 160/ 20ltr.
Ada banyak lagilah dan semuanya boleh didapati daripada Koperasi Ladang.
Jadinya sekarang ni pekebun tak usah bimbang lagi. Yang mana nak tanam semula atau baru nak tanam pulak teruskanlah hajat tuan2. Tapi anak benih kelapa sawit dah ada ke belum?
No comments:
Post a Comment