Sunday, November 22, 2009

Program Promosi Pam Racun Inter 16


Program ini adalah anjuran Felda D'Agro Gua Musang, Kelantan dengan kerjasama Ladang Felda Aring. Mengikut perancangan awal, terdapat 4 syarikat pembekal mengambil bahagian.
1. Dow Agrosciences
2. Osihar
3. Koperasi Ladang Pekebun2 Kecil M'si Bhd
4. Khiazh
5. G-Planter


Program ini akhirnya dibatalkan disaat-saat akhir iaitu sehari sebelum program yang dijadualkan pada 17 November 2009. Memandangkan segala persiapan telah diatur, Koperasi Ladang ( Saya dan seorang rakan sekerja ) tetap meneruskan juga hajat bertemu bakal pelanggan di Gua Musang.


Kami ke Ipoh terlebih dahulu kerana ada perbincangan dengan Mr Bala and team di Mycrop Sdn Bhd Ipoh. Kemudiannya terus merentasi Cameron Highland daripada Simpang Pulai untuk masuk ke Kelantan melalui Lojing, Gua Musang.


Walaupun program secara rasminya dibatalkan, terdapat 3 pembekal hadir iaitu Koperasi, G-Planter dan Khiazh. En Saadi, Pengurus Cawangan D'Agro Gua Musang, mengambil inisiatif untuk membawa kami ke Ladang Felda Aring 2 & 4. Kerja2 promosi produk telah dilakukan bersama dan akhirnya trip ke Gua Musang ini saya kita berjaya. Promosi dalam kumpulan kecil adalah lebih baik daripada mempunyai peserta yang ramai tetapi kurang tumpuan dan banyak gangguan daripada mereka yang tidak berminat.

No comments: